Wednesday 6 February 2013

stephen hawking

   tentang dia...stephen hawking:


           Profesor Stephen William Hawking (lahir: 8 Januari 1942) ialah salah seorang ahli fizik teori yang terkemuka di dunia. Beliau adalah Profesor Lucas untuk matematik di Universiti Cambridge (satu jawatan yang pernah disandang oleh Sir Isaac Newton), serta seorang fellow Kolej Gonville dan Caius, Cambridge. Walaupun mengalamiketakupayaan yang kekal dan kebelakangan ini, kelumpuhan dari leher ke bawah yang diakibatkan oleh penyakit neuron motor, Hawking telah lama mencapai kerjaya yang menakjubkan dan kini merupakan salah seorang ahli akademik yang termasyhur     

BIODATA:
           Stephen Hawking dilahirkan di Oxford, England, pada 8 Januari 194 (tepat 300 tahun selepas kematian Galileo) kepada pasangan Frank dan Isobel Hawking. Beliau mempunyai dua orang adik perempuan, Philippa dan Mary, dan seorang adik angkat, Edward. Dalam keluarganya, Hawking paling rapat dengan ibunya yang giat dalam politik sayap kiri. Isobel mengatakan bahawa pada sekitar masa kelahiran Stephen, dia membeli sebuah atlas astronomi yang kemudian dikatakan oleh ipar perempuannya sebagai suatu pembelian yang bersifat ramalan.
          Hawking menonjolkan bakatnya terhadap matematik dan fizik sejak masa kecil lagi. Ketika beliau berumur sebelas tahun, Hawking menghadiri Sekolah St Albans di Hertfordshire yang berhampiran dengan London. Hawking kemudian menyertai Kolej Universiti, Oxford, dan hendak belajar matematik. Apabila kursus matematik tidak sedia ada, beliau belajar fizik sebagai ganti. Pada awalnya, ayahnya lebih suka Hawking belajar perubatan. Hawking kemudian mengambil ijazah kedoktoran di Dewan Trinity dan kini merupakan fellow kehormatnya.
         Hawking dipilih sebagai fellow Persatuan Diraja yang termuda pada tahun 1974, dan dikurniakan gelaran Komander Golongan yang Dianugerahi Darjah Empayar British pada tahun1982, serta gelaran Teman Mulia pada tahun 1989. Beliau seorang ahli fizik yang amat dihormati, dengan banyak karyanya diiktiraf oleh Persatuan Antarabangsa Fizik Semula Jadiserta juga Persatuan Fizik-Astronomi Amerika Amherst.   

PUNCA BELIAU MACAM NIE????

            Walaupun mengalami hilang upaya yang teruk, akibat sklerosis lateral amiotrofik (ALS) yang merupakan sejenis penyakit neuron motor yang biasa dirujuk sebagai "Penyakit Lou Gehrig" di Amerika Syarikat, Hawking masih amat giat dalam bidang fizik, penulisan, dan kehidupan awam. Penyakit Hawking memaksanya membuat perhitungan-perhitungan yang panjang dan rumit dengan hanya menggunakan otaknya.
           Ketika Hawking masih muda, beliau merupakan seorang pemuda yang kuat dan tangkas, dan yang suka menunggang kuda serta bermain dengan kanak-kanak yang lain. Di Oxford, beliau mengemudikan pasukan pendayung yang beliau katakan membantu melegakan kebosanannya di universiti. Gejala-gejala gangguan tertimbul buat pertama kali ketika Hawking mendaftarkan diri di Cambridge. Diagnosis penyakit itu muncul apabila Hawking berumur 21 tahun, iaitu tidak lama sebelum perkahwinannya yang pertama. Doktor-doktornya mengatakan bahawa beliau tidak akan hidup melebihi dua atau tiga tahun.
           Hawking berjuang dan hidup jauh lebih lama berbanding mana-mana pesakit ALS lain yang diketahui, walaupun diramalkan tidak mungkin. Bagaimanapun, keadaan hilang upayanya semakin bertambah buruk. Beliau menggunakan pensintesis suara untuk berhubung sejak menjalani trakeostomi pada tahun 1985, akibat pneumonia yang teruk. Beliau beransur-ansur hilang keupayaannya untuk menggunakan lengan, kaki, dan suaranya, dan kini hampir benar-benar lumpuh. Sistem komputer yang dipasang pada kerusi rodanya dikendalikan oleh Hawking melalui 'suis kedipan' inframerah yang dipasang pada cermin matanya. Dengan mengerutkan pipi kanannya, beliau dapat bertutur, mengarang ucapan dan kertas kerja penyelidikan, serta melayari Jaringan Sejagat (WWW), dan menggunakan emel. Sistem itu juga menggunakan pemancaran radio untuk mengawal pintu rumah dan pejabatnya.
          Walaupun Hawking menghidap penyakit itu, beliau menganggap diri sebagai seorang yang "bernasib baik" — keuzuran kesihatannya yang perlahan bukan sahaja memberinya masa untuk membuat penemuan-penemuan yang berpengaruh tetapi juga, dalam perkataannya sendiri, memberinya masa untuk mempunyai "sebuah keluarga yang amat menarik. Sewaktu Jane ditanya mengapa dia memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang cuma mempunyai jangka hayat tiga tahun, dia berjawab: "Oleh sebab zaman ini merupakan zaman kekelaman dan ajal atom, kita semua mempunyai jangka hayat yang pendek."
Isteri Hawking menjaganya sehingga tahun 1991 apabila mereka berpisah di bawah tekanan kemasyhuran, keadaan hilang upaya yang semakin menjadi buruk, serta keperluan untuk menggaji beberapa orang jururawat sepenuh masa. Beliau kemudian terlibat dengan Elaine Mason, salah seorang jururawatnya, dan kemudian berkahwin pada tahun 1995. Sebuah rencana di dalam majalah Vanity Fair yang ditulis oleh Judy Bachrach pada tahun 2004 mengandungi dakwaan mengenai keganasan antara pasangan ini yang diakibatkan oleh keluarga pertama Hawking. Bagaimanapun, siasatan polis pada tahun yang sama berakhir tanpa sebarang kesimpulan. Pada tahun 1999, Jane Hawking menerbitkan "Muzik untuk Mengharukan Bintang-bintang"
 ("Music to Move the Stars"), kisah kenangannya yang memerihalkan hubungannya dengan seorang kawan keluarga yang dikahwininya kemudian. Anak perempuan mereka, Lucy Hawking, adalah penulis novel,, manakala Robert Hawking, anak lelaki mereka, berhijrah ke Amerika Syarikat, berkahwin, dan dikurniakan dengan seorang anak, George Edward.


*NAK TAHU LEBIH LANJUT!!!
*search: google,wikipedia atau lain*

Monday 4 February 2013

newbie....

mula2 dlam hdup ak...ak x pernah thu cara n nk cuba tahu ttg blog nie...mgkin sbb ak bkan jenis manusia yang suka cerita ap2 ttg diri ak kpada smua org..lain lh kwn2 rpat ak ataupn family ak
tp,lain plak tjadi .sbb kita sebagai
MANUSIA HYA MAMPU MERANCANG DAN HANYA ALLAH MENENTUKANNYA.
1.1.2013..ak start kelas comp...yelah ak kn bru je fresh2 keluar dr sekolah...lepasan spm!!!.
mesti rmai ttanya"nape x g ambik lesen ke,kerja ker???..ker mmg korang x perduli...
ok....ak bkan keluarga yg kaya raya..ak biasa jer..
ak kena bertolak ansur skit
 sbb ak ad rmai adek beradik yg mana dieorg smuanya masih belajar.
..jd,pada suatu hari parents ak tanya"kak,nak buat ap cuti nie,,nk ambik kelas comp n eng ke @ ambik lesen...ke dua2???....jadi tanpa berfikir pjang...cehhhh ak pilih kelas kut...sbb ak target,lesen 2 bleh ambik2 nnti2.."was2 jgak ak..."hehe..ak tau of course ramai thu knapa kn....
ok back 2 de point...
mayb korang tgok mcm x de ap je blog ak nie....
sbarrr lu...
                                                                ak bru bertatih je...
tp,,,yg sure ye..
.in shaa Allah.."dgan izin allah",ak akn jdikan blog nie tempt share22 ilmu kut n tmbah2 skit hal2 lain...
ak tak nk terlalu expose ttg diri ak...
sbb ak tau korang bkan ye MAK ak yg nk tahu ap2 yang ak mkn,,ataupn dgan kata laen perkara2
"BUDAK2 KECIK NIE"
FINISH..and its all beginning
Ok that all..c u next time...
FIRST THINGS FIRST



 

Blog Template by BloggerCandy.com